Anakku Vegeterian, adakah ia bagus atau sebaliknya?

9:00 PM

Mulanya macam tak obvious sangat sebab sejak dia mula makan makanan pepejal, semua makanan yang kami bagi semua fateh ngap! makin hari dia pandai pula memilih makanan. Mana yang sedap ditekaknya, itulah yang akan ditunjuk sambil cakap Nak! Nak!

Hari ni lebih jelas lagi, apabila di dalam pinggan terhidang, ayam goreng, telur goreng dan bendi tumis sayur. Seperti biasa DOM akan cubitkan ayam dan telur goreng sedikit dan letak dalam bekas makanannya. Maklumlah semua nak makan sendiri sekarang. :)

Dia mula makan, baru 2-3 suap dia pulangkan semula ayam dan telur goreng ke pinggan DOM. Sambil tunjuk bendi dan sebut Nak! Nak! Terkejut bukan main, selalu sayur kegemarannya timun je, timun yang kami selalu potong panjang buat ulam.


Anakku Vegeterian, adakah ia bagus atau sebaliknya?



Tentunya ada pro dan kontra, parenting.co.id ada menceritakan kisah di Atlanta pada tahun 2007 dimana ada ibu ayah di tangkap kerana anak yang mereka besarkan hanya dengan makanan vege meninggal dunia atas sebab kekurangan gizi.

Memang benar makanan vegetarian dapat mengurangkan risiko obesiti, tinggi kolesterol, risiko sakit jantung di kalangan kanak-kanak. Tetapi tanpa pengetahuan yang cukup tentang pola pemakanan sihat boleh mengundang bahaya pada kanak-kanak.


Anakku Vegetarian, obses sayuran dan buah



Lain pula kisah penulis buku Vegemania yang pernah menang Award Best Vegetarian Book in the World pada tahun 2007.  Menurut Mohana, permulaan harinya mesti minum segelas Jus Buahan Fresh. Sehinggakan ia berjangkit pada suami dan anak-anaknya. 

Hasilnya, walaupun sudah berusia, Mohana masih kekal cergas dan bertenaga. 




Bagi DOM, sebaiknya tak perlu obses kepada satu makanan sahaja. Sayuran, ikan, ayam, daging perlu diambil dengan kadar seimbang kerana disetiap makanan itu ada khasiatnya tersendiri. Contoh di dalam sayuran, tiada kandungan omega 3, tapi ikan laut dalam ada omega 3 yang membantu pertumbuhan sel otak anak.

Pasni kena selang seli bagi Fateh makan :) Kita orang dewasa ni yang kena tunjukkan contoh, barulah anak ikut. 

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

recent posts