Jalan-jalan di Zoo Johor

11:00 AM

Rasa dah lama betul tak jejak ke Zoo. Kalau tak salah last pergi pun masa sekolah rendah ibu ayah bawa. Lepas tu bye bye. Walaupun UIA dan Zoo Negara hanya sekangkang kera. hehe

Mungkin sebab cuaca malaysia yang panas, DOM lebih pilih indoor (which is shopping mall, oppps!) lebih dari aktiviti luar. Tapi DOM terfikir kenapa ibu ayah suka membawa anak kecil ke zoo? Termasuklah DOM sendiri. Berazam sungguh nak bawa Alfateh.



Ceritanya ahad lepas DOM dan suami akhirnya berjaya juga melaksanakan impian nak bawa Alfateh ke Zoo. Lama dah berhasrat cuma buat apa kita bawa baby yang akhirnya kita yang kena dukung sepanjang masa sambil dia sendiri masih belum faham sekeliling, kan?


Ni Alfateh dah masuk 2 tahun setengah dan kami tengok dia sangat menghargai binatang sekeliling (contoh bila balik kampung, suka betul tengok ayam, kucing, burung sambil belajar bunyi kok kok, meow meow dan cip cip) barulah kami sedia bawanya.

Cadang nak bawa pagi, kebetulan sabtu malam ahad tu Malaysia dikejutkan dengan kemangkatan Tunku Jalil anakanda kepada Sultan Johor yang hadapi Kanser Hati. Innalillahiwainnailahirajiun. Allah ambil tak kira usia, baru umur 25 tahun, seorang yang happy dan sangat rendah diri. 

Kebetulan tanah perkuburan diraja berdekatan situ je, jadi jalan utama ditutup sehinggalah majlis kebumi selesai. Bagi menghormati kemangkatannya, kami ubah jadual ke petang. Alhamdulillah cuaca pun nice.

Sampainya Alfateh di Zoo, Ya Allah betapa gembiranya dia!

Lebih seronok lagi bila sekarang dia dah pandai bertanya;

'Mama, ni apa?'

'Baba, ni apa?'

Oh yaAllah indahnya ciptaanMu. Terasa indah sangat persoalan itu bila keluar dari mulut anak kita. Alfateh seorang yang sangat prihatin pada persekitaran.



Contohnya bila nampak tempat tinggi, dia pula akan ingatkan DOM;

'Mama, bahaya bahaya'

'Mama, tunggu sini tau. tau.'

Zoo Johor ni tak berapa besar sangat tapi sangatlah berbaloi untuk membawa anak-anak sambil perkenalkan mereka dengan binatang di sana. Almost semua binatang ada termasuk singa, harimau, beruang, orang utan, ular, buaya, peladang, rusa, kajang, kuda, hippo, flamingo dan banyak lagi (unta pun ada) kecuali serangga dan cukup sejam setengah habis pusing semua.

Bagi DOM ok sangat, takdelah terlalu penat. Bila semua dekat-dekat, tenaga berjalan pun tak hilang begitu sahaja. Well-used kata orang.

Zoo Johor di buka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Ia terletak betul bersebelahan dengan Masjid Abu Bakar. Lengkap ada surau, tandas awam yang bersih, restoran, kedai cenderahati, taman permainan, servis fotografi, malah ada juga tasik buatan untuk aktiviti mengayuh. Tiket dewasa hanya RM2 manakala kanak-kanak 2 hingga 12 tahun RM1.

Untuk kanak-kanak sekolah rendah ke atas boleh cuba menunggang kuda padi, bayaran dalam RM6 bawa round-round sekitar Zoo.

DOM cadang kalau nak pergi antara pagi atau petang, cuaca cantik tak terlalu panas dan sebolehnya dalam keadaan perut kenyang. hehe supaya bertenaga je sepanjang berjalan. Maklumlah bila panas dan perut kosong, bukan kita sahaja mandi peluh dan keletihan, anak pun boleh jadi tak selesa. Bila anak meragam semua akan spoiled.

Ni dah masuk pertengahan Cuti Sekolah 2015, kalau masih tak tau nak bawa anak-anak pergi mana, boleh bawa sini. Ayah, mak, anak semua bersantai, dekat, murah tapi yang bagusnya ia ilmiah! ;)

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

recent posts