Lagu ABC Beserta Gaya Comel

8:55 AM

Kelmarin di timeline facebook DOM laju je mak-mak semua upload gambar anak ke sekolah. Yang jadi viral bila ultraman, batman pun datang sambut pelajar baru.

Hari pertama di Tadika An-Nawwar
Jadi guru bukan senang, tambah dengan workload yang menimbun pekerjaan guru bukanlah untuk orang yang goyang kaki. Sehinggakan pakai maskot clown pun mereka sanggup demi meraikan anak-anak kita.

Hargailah guru sebaiknya.

Alhamdulillah semalam hari pertama kemasukan tadika untuk 2017. DOM berkesempatan hadir ke tadika ibu saksikan anak-anak didik Tadika An-Nawwar di hari pertama.

Tengok ada yang relax cool je padahal ibu ayahnya dah prepare cuti sehari takutlah anak menangis non stop.

Tengok ada yang tersedu sedan, lambai ibu ayah. Tak mahu masuk kelas.

Tak kurang juga ada anak yang tidak mahu makan sambil termenung di hujung tingkap kelas.

Haha, macam-macam ragam!

Dihujung waktu beberapa minit waktu pulang, cikgu sama-sama nyanyikan lagu ABC. Menariknya siap ada gaya. Syoklah anak-anak ikut. Lupa dah yang sedih tadi, jadi semangat pula semua.

Record buat tatapan Alfateh sebenarnya, sebab semalam dia tak ikut. Tapi tiba-tiba terfikir buat apa simpan sorang. Baiklah dikongsi bersama, ye tak?


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

recent posts