Roti Maryam - menu sarapan sihat anak

10:30 AM

Semasa hamil, cabarannya mabuk, letih, mood swing. Bila anak sudah lahir dan semakin membesar lain pula cabarannya. Nak sediakan sarapan pagi pun boleh jadi menjadi mencabar. hihi. Kawan saya anaknya baru masuk darjah satu, sebagai ibu excited nak sediakan bekal anak hingga masuk ke Group Bekal/ Bento Malaysia di Facebook!

Bagi saya ibu-ibu begini harus dipuji. Orang laki selalu memang tak kisah hal ini, sebab mereka tukang makan. Ibu-ibu ni lah yang setiap hari di dapur sediakan makanan cari resepi best. Teringat pula kisah anak didik tadika mak saya, suatu hari tiba-tiba sewaktu makan rehat dia menjerit, "Roti! Roti! Roti!" Kami yang mendengarnya sangat terkejut.

Mulalah sesi meluahkan perasaan. Budak selalunya cakap jujur. Rupa-rupanya setiap hari ibunya bekalkan roti sahaja. Tidak pelbagaikan sampai anak naik jemu. Tapi dalam masa yang sama kesiannya juga pada siibu, satu menanggung malu, dua mungkin dia pun buntu nak sediakan apa untuk anak.

Cari punya cari saya dapat ilham untuk berkongsi resepi Roti Maryam yang saya dapat dari Ibu Mertua. Saya ada kongsikan di blog akakvitamin.com. Boleh tekan link ini untuk bahan dan cara-caranya.

Patut snap dari sisi, nampak kenipisan dan kerangupannya. Dan yang lagi best gelembung-gelembung tu pun jelas kelihatan :) Memang sedap! Alfateh makan 1 keping licin..

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

recent posts