Sayang isteri tinggal-tingalkan, sayang anak rotan-rotankan, Eh?

1:50 PM



Sejak 2-3 hari ini timbul isu rotan anak semula. Tak ketinggalan ramai blogger yang juga seorang ibu atau ayah turut mengutarakan pendapat sendiri. Isunya bermula dengan keratan akhbar di berita harian bertajuk Akta Baharu Selaras Konvesyen Hak Kanak-kanak: Rotan Anak Kena Hukum.

Kata marhaen seperti saya 
"Mak ayah kita membesar dengan rotan pun jadi orang. Kenapa anak sekarang ditegur jangan?"

Rotan dan Islam


Sadisnya ada pula sesetengah pihak yang mengaitkan pendidikan islam adalah dengan merotan (pukul=keganasan). Jauh dan sangat terpesong. Merujuk sumber drmaza.com yang bersandarkan dengan ayat al-quran, dalam surah Al-isra; 24

“Katakanlah: wahai Tuhanku kasihanilah kedua mereka (ibubapaku) SEPERTI mana mereka membesarkanku semasa kecil”.
Sekilas kita lihat, doa inilah yang sentiasa kita dengar untuk mendoakan ibu ayah kita. Ia membawa maksud islam menyarankan didik anak dengan penuh kasih sayang, barulah kita termasuk di dalam bahagian doa ini.


Adab merotan anak




Saya sendiri dulu pernah dipukul ayah dengan getah paip dengan alasan enggan solat. Jika tidak dipukul, agaknya bagaimana saya sekarang? Mungkin memandang remeh dengan ibadah solat yang jelas hukumnya adalah WAJIB.

Begitu juga dengan merotan, islam sudah gariskan beberapa adab:

  1. Berikan nasihat agar tidak mengulangi perkara yang sama dan memberi tempoh untuk anak perbaiki kesalahan diri.
  2. Anak berumur 10 tahun ke atas. Selaras dengan hadith riwayat Abu Daud (sahih), "Suruhlah anak-anak bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun".
  3. Rotan atau pukul anak atas kesalahan yang membesar contohnya meninggalkan solat.
  4. Merotan dengan tujuan mendidik bukan mendera. Jangan merotan lebih 3 kali. Ia bertepatan dengan kisah Jibril a.s yang memeluk kuat Rasulullah s.a.w yang belum pandai membaca di Gua Hira'.
  5. Sebaikanya elak memukul atau menampar di kawasan muka kerana dipercayai muka ke atas adalah bahagian maruahnya. Dikhuatiri anak merasa lebih down.
  6. Pilih jenis rotan yang sesuai.


Merotan biarlah bersebab dan jangan pula hilang sifat kemanusiaan bila menghukum. InysaAllah dengan didikan yang baik, hasilnya juga akan terbentuk lebih baik :)

You Might Also Like

0 comments

recent posts