Petua Perabot Putihku Bersinar Kembali!

9:00 PM

Selalu waktu tengahari macam ni tv3 penuh cerita indonesia aje. Habis je sinetron Sinar, mula pula cerita Aisyah. Episodnya sampai 2-3 ratus. Kalah cerita anime Naruto!

Jadi nak elak dari mengomel panjang, kebetulan duduk Skudai, terus tukar channel Singapore. Best sikit, Rancangan realiti TV deco rumah. 

Orang sekarang kan memang suka guna perabot putih termasuklah DOM sendiri. Rumah nampak lebih luas dan bersifat moden.




Tapi yang tak laratnya 2-3 tahun mulalah ia menampakkan true colors. Jadilah kekuning-kuningan.. Aduh memang sabar je lah. Kononnya taubat taknak beli dah perabot putih, alih-alih masuk rumah di Skudai pun beli perabot warna putih.

Alhamdulillah Set Meja Makan dan Cermin Ruang Tamu awal-awal dah jatuh cinta pada warna Coklat Gelap. Itu je la yang kekal menampakkan keaslian. hehe

Perabot putih ni kena rajin sikit.. Rajin sental. Sekurang-kurangnya waktu raya tu lap lah kepala katil dan almari putih. 


Tips Perabot Putih Kembali Bersinar




Mudah je, Dalam realiti tv deco tadi share ada 2 cara:

  1. Untuk perabot, sental dengan ubat gigi.
  2. Untuk sofa atau kepala katil yang lembut tu sental dengan telur putih. 
Memang shininglah tengok kat tv tadi. hehe. Siap effect sparkle star keluar.


Kalau malas nak sental, akak mandikan dengan Basic H je. Ni hasil mandian Basic H masa raya hari tu. Ok lah, lap je. Takyah sental kuat. 

Aduh masa nak guna lah tak jumpa. Ini lah akibat asyik tukar phone. ni foto ihsan dari kawan-kawan yang share selepas menggunakan Basic H. Nak kata ada 1001 sebab anda wajib gunakan Basic H dirumah.

Terutama bila kulit anda jenis sensitif. H20 kan air dalam bahasa kimia. Sangatlah selamat pada kulit.










Mak-mak sekarang semua nak pantas. Begitu juga DOM! =) 

You Might Also Like

0 comments

recent posts