3 Langkah Awal Cerai Susu Badan

11:04 PM

Semalam sengaja google cerita ibu yang bercerai susu badan. Sedar tak sedar fateh dah nak masuk 2 tahun julai ini, alhamdulillah sekarang susu masih banyak dan pekat. Cuma sedang berfikir cara terbaik naik cerai susu badan.

Ada ibu yang berjaya cerai susu sepenuhnya selepas 2 bulan. Manakala ada yang ibu yang hati kering sedikit, 2 minggu sudah berjaya. 

3 Langkah Awal Cerai Susu Badan



  1. Kenalkan anak dengan pelbagai makanan pepejal supaya dapat mengenal rasa dan tekstur. Mengikut sumber bermula anak setahun, selain dari menyusu anak mula mendapat khasiat anak dari makanannya sendiri. 
  2. Sebaik sahaja anak mula rasa selesa dengan rasa itu, boleh masukkan menu dalam sarapan. Beri sebelum anak menyusu, jadi bila menyusu dalam keadaan sedikit kenyang, proses penyusuan itu menjadi pendek.
  3. Lama kelamaan, kenalkan anak dengan bekas minuman bermuncung lembut sehingga akhirnya dia akan terbiasa minum atau menyusu tanpa puting.

Sebaiknya ikuti langkah satu persatu, jangan terus skip ke langkah ketiga terus, buat secara perlahan-lahan kerana anak juga ada hak menyusu. Malah bukan itu sahaja, si ibu cenderung alami bengkak susu jika dia berhenti menyusukan anak secara drastik.



Mode: sedang berfikir-fikir nak cuba letakkan kopi atau sapukan lipstik sahaja di situ. hehe

You Might Also Like

0 comments

recent posts