Ibu Mengeluh Anak Kuat Ngempeng

8:30 PM

Biasa dengar anak kecil kuat ngempeng kan? Terutama buat anak yang menyusu badan dan ibunya seperti saya, bekerja dari rumah sahaja. Kawan-kawan saya juga pun alami masalah yang sama. Lebih kritikal hinggakan anak bergayut dari malam hingga pagi. Jika ditanggalkan pasti terjaga dan menangis!

Anda mungkin kata "tiada apa lah tu.. biasalah anak kecil". Walau kerjaya ibunya seorang surirumah sepenuh masa, kerja bukan hanya menghadap anak 100%.. setuju kan? Kalau dah ngempeng 24jam pasti rumah pun seperti tongkang pecah. Aduhai.


Ngempeng adalah Kegemaran Bayi



Mengikut perkongsian dari Dr. Maharani Bayu (seorang Doktor Laktasi) menyusu yang sebenar adalah antara 15minit terawal. Selebihnya jika ia berlanjutan terlalu lama, ia dipanggil ngempeng (melekap pada ibu dengan posisi seakan menyusu) terutama ketika mereka sudah tertidur.

Sebenarnya posisi begini, anak kita lebih berasa selesa dan selamat. Tambahan pula, sepanjang proses penyusuan inilah gigi dan gusi anak mulai tumbuh. Ia menyebabkan kegatalan di kawasan itu yang membuat anak berasa senang bila dapat mengempeng lebih lama.

Bahasa ketika menegur anak

Adakah anak yang masih bayi faham bahasa teguran kita? Kita je rasa anak kita tak faham padahal bila saya lama perhati, sebenarnya saya yang tak faham bahasa anak. Tahu kenapa?

Menginjak masuk setahun 4 bulan dahulu fateh dah mula sebut mama baba. Dan kini kerap sebut "nak nak nak" sambil menuding ke arah sesuatu. Bila ditanya semula, "Nak apa?" "nak cshytekfljahfakdhfll" yang dijawab. hehe. Kita faham bila dia senyum dan senyap, itu tandanya betullah apa yang kita beri. Jika tidak, hingga ke sudah asyik sebut "nak nak nak gajdkfjsgkchdjs". hihi

Walau kita lihat anak kita masih kecil lagi, masih bayi, tapi ketahuilah yang salah perlu ditegur. Jika kita tidak tegur dari kecil, dia akan merasakan perkara yang dibuat adalah betul malah menyalahkan kita semula kenapa dari dulu mama tak pernah tegur pun seperti Sazali memarahi ayahnya.


Cara Tegur Anak Berhenti Ngempeng




  1. Susukan bayi anda dengan teknik yang betul seperti di dalam gambar di atas dimana mulut anak terbuka luas dan puting sampai ke tekaknya bagi mengelak dari puting digigit.
  2. Apabila dia mulai tertidur setelah kenyang menyusu, masukkan jari kelingking sambil menolak mulutnya keluar.
  3. Jika anak terjaga, dodoikan anak semula.
  4. Atau jika anak terjaga dan ingin menyusu semula, nyusukan semula dan ulang langkah 1 & 2.
  5. Sambil tu beritahu dia "tidur ya, mama ada kerja, adik takyah ngempeng nanti tergigit mama sakit dan sebagainya". Dan saya cadang elakkan sebutan pelat dengan anak, guna bahasa biasa sahaja seperti bertutur dengan orang dewasa.

Mengikut pengalaman ibu saya yang sudah lama mengurus tadika lebih 10 tahun, pelajar yang lambat bertutur dengan baik adalah pelajar yang sudah dibiasakan dengan perkataan pelat sejak kecil. Contoh:

  • Susu = cu cu
  • Makan = ma mam
  • Tidur = ti ton

Tambah merisaukan lagi, anak pelat lebih cenderung lambat membaca atau menulis kerana mereka akan mengeja ikut perkataan yang selalu cakap jadi akan buatkan salah eja. Dari hal ngempeng hingga termasuk ke perbualan pula. hehe.



Satu lagi tips.. untuk mengurangkan lenguh akibat dalam keadaan lama menyusu, setiap hari saya akan ambil 2 biji pil kalsium sebelum tidur. InsyaAllah keesokan harinya hilang lenguh, sembelit pun tiada. Yelah, orang perempuan kan lebih potensi kena sakit Osteoporosis (tulang rapuh) berbanding lelaki. 

You Might Also Like

1 comments

  1. assalam tuan blog.. best baca ni..byk info dpt..btw..sy agen cuckoo kl..kalau ade mak mak berhajat nak pasang penapis air bersuhu tu..mehla pm sy bole tgok fb sy "suria usahawan" yer..jomla chat.. nak wsp 011-16930576..senang klau pakai tu tk penat sgt nak masak air slalu kan...

    ReplyDelete

recent posts