6 Tanda-tanda Nak Bersalin yang Ibu Perlu Ambil Perhatian

3:22 PM

Bila due dah nak dekat ni mulalah rasa dup dap dup dap, praktikkan semula cara pernafasan yang betul dan banyak ambil 'feel' melalui pembacaan pengalaman ibu lain bersalin. 

SsshHh rasa tak ramai yang tahu DOM preggy kecuali keluarga dan sahabat handai yang terbocor rahsia akibat mereka ni ada sixth sense yang kuat. hehe





Bukan nak berahsia sangat sebenarnya cuma DOM lebih suka pendekatan tidak suka heboh sangat, yelah dalam masa 9 bulan 10 hari apa pun boleh berlaku kan, Nauzubillah sambil jaga hati kenalan terdekat yang sekian lama menunggu cahayamata (kalau dorang asyik terbaca post-post 'hari ni loyanya.. hari ni mengidam itu ini..' sambil tunjuk baby bump di wall FB. kat tak sampai hati)

Husband pun selalu pesan jangan over excited

Walaupun ini masuk anak kedua, tapi berdebar tu tetap ada. Maklumlah setiap orang sakitnya berbeza-beza. Alhamdulillah ketika melahirkan Alfateh dulu smooth dan jangka masa contraction pendek.

Macam tak percaya masuk labour room dalam pukul10 lebih, sebelum pukul12 Alfateh dah selamat dilahirkan. Doktor yang jahit luka pun pantas, rasa macam tak sampai 10minit dah siap!

Kali ini mungkin debarannya berbeza sebab DOM pilih nak bersalin di Hospital Kerajaan pula. Bila disuarakan pendapat pada husband, dia ON je. Tapi bila diketahui oleh ibu ayah dari klang nak lari ke Hospital Sungai Buluh, huuu agak meragukan.

Oh cepatlah Hospital Shah Alam dilancarkan dan terima in-patient. DOM dah tak sabar nak rasmikan katil ni. hehe

Eh jauh bercerita, sebenarnya hari ni akak nak share tanda-tanda nak bersalin. Mudah cerita ada dua jenis tanda je selain tanda-tanda awal yang lain.








Antara kesemua yang DOM senaraikan, 2 Tanda Bersalin (no 5 & 6) adalah yang paling jelas :- 
  1. Keluar darah (Bloody Show) atau 
  2. Pecah air ketuban. 

Kalau keluar darah, mengikut teori nurse di Klinik Kesihatan boleh bertahan dalam 9-12 jam lagi. Kalau air ketuban yang dah keluar, sebaiknya cepatlah serah diri ke hospital sebab ia melibatkan nyawa ibu dan anak terutama bila ia bocor sampai lencun kain.

Air ketuban atau cecair amnion atau dalam bahasa sainsnya amniotic fluid adalah cecair yang terdapat di dalam ruangan yang diselaputi janin. Ia boleh menyebabkan anak lemas jika terlalu sedikit.

Sebab itu, kena bersegera ke hospital supaya doktor dapat cek degupan jantung baby, pergerakan, jumlah air ketuban yang tinggal, bukaan serviks sambil menganggar waktu baby bakal dilahirkan.

Tapi yang paling penting, kita jangan panik. Sebolehnya dalam keadaan tenang dan rasional kerana bila kita mula panik, pernafasan pun akan jadi tidak teratur dan boleh menyebabkan kita kehilangan banyak tenaga. Ditakuti bila cepat penat, tiada daya pula untuk push nanti maka terpaksa ceaser.

Jangan lupa catat jam berapa dan lihat kekerapan contraction. Info ini sangat berguna kepada doktor supaya dapat menggangar waktu bersalin.

Ada juga ibu yang dah ada tanda-tanda tapi masih tiada jalan. Biasa doktor akan induce untuk mempercepatkan proses bersalin dengan jangkamasa tertentu. Tapi jika melebihi sekian jam yang ditetapkan atau ibu tiada lagi daya, doktor akan minta kebenaran patient atau suami untuk dibedah.

Kalau ikut perkiraan lagi 3-4 minggu je ni dah nak bersalin. Doakan DOM ye kawan-kawan. :)

Oh ye, DOM pun dah bersedia dengan Set Bersalin Moden ni, taknaklah macam pantang fateh dulu.. sebulan DOM terpaksa duduk beralaskan pelampung. Ngeri campur trauma tau bila luka lambat sembuh. Ibu-ibu lain macamana?

You Might Also Like

0 comments

recent posts