Bagaimana Update Blog Menggunakan Handphone?
12:07 PM
Hari rabu, hari buat entri.
Task bulan ni kira ok juga lah, bulan-bulan lepas, kami pernah dapat task 1 hari 2 entri. Bagi kami yang dah taraf mak-mak ni dan ada juga yang masih bekerja ia adalah satu 'challenge'.
Jadi nak taknak kami kena cari pelbagai jalan agar tercapai juga target. Ia bukan semata mendera atau
"Tak boleh ke kalau tak buat?"
"Boleh je"
Tapi kami sendiri yang rugi, sebab tujuan task ini adalah untuk membantu kami niaga online tanpa perlu ketuk rumah orang atau berdiri di supermarket sepanjang hari sambil edar flyers. Orang zaman sekarang kan semua 'Google je'!
Antara laptop dengan handphone, tentu sekali kita banyak berkepit dengan handphone, ringan dan mudah diurus. Percayalah walau namanya surirumah, goyang kaki jauh sekali. Dah macam sotong dah. hehe
Then we come out idea why not write entry by phone. But is it possible?
Bagaimana Update Blog Menggunakan Handphone?
![]() |
Langkah 1: Search dan Install 'Blogger' di Play Store |
![]() |
Langkah 2: Login dengan masukkan username dan password |
![]() | ||
Langkah 3: Tekan New Post dan mula menulis entri
|
![]() | ||
Langkah 5: Jika ada nak edit lagi atau lebih nak kemaskan boleh Save As Draft
|
![]() |
Langkah 6: Jika dah puas hati, bolehlah terus Publish dan Share ke Google+ atau Facebook |
Taraa! Siap.
Mungkin screen view tak sebesar dan kemudahan nak edit tak semudah seperti di laptop tapi sekurang-kurangnya bila tengah banyak idea boleh terus tulis. Hanya tinggal edit dan kemaskan serba sedikit sahaja di laptop.
Jimat masa.
Untuk wordpress user, boleh download Application 'Wordpress' di handphone dan ikuti langkah yang diberi step by step.
Moga dapat membantu ibu-ibu di luar sana yang sama nak niaga online dan sebagainya.
0 comments