Hukum mandi bersama anak kecil

9:28 PM

Ibu-ibu pasti kerap berhadapan dengan masalah ini ketika mandi, anak-anak terjerit memanggil dari luar, ketuk pintu macam nak tanggal, nangis yang meruntun seperti dicubit tak pun risaukan si abang kacau si adik. Kebal manapun hati mama, bila setiap hari hadapi masalahi ini, saya pasti akhirnya terpaksa juga mandi dengan mereka.

DOM pernah dapat soalan begini dari kawan;

Adakah hukum mandi bersama anak kecil? Dan sehingga umur berapakah kita dibolehkan mandi bersama mereka?




Mula-mula agak buntu nak jawab sebab fateh tak pernah pula nak mandi dengan saya. Sebolehnya mandi secepat kilat dan dapatkan fateh semula. Biarlah terjerit teruk mana, setakat ni saya cuba juga kebalkan hati. Harapnya hati ni bertahan sampai bila-bila.

Bila google tak jumpa hukum bersandarkan kitab, cuma ada terbaca di hmetro.com.my mengatakan:

Hukum mandi berbogel ialah makruh. Ibu bapa yang mandi bersama anak dalam keadaan telanjang atau bogel dikhuatiri boleh merosakkan akhlak anak itu pada masa depan.  
Perlu diingatkan bahawa manusia ditemani dengan malaikat yang tidak pernah berenggang bagi mencatat amalan baik dan buruk dilakukan manusia pada setiap masa. 
Jika kita mandi dalam keadaan bogel di depan anak, biarpun berusia masih mentah, sebenarnya kita sendiri sudah menerapkan akhlak yang tidak baik, kurang malu dan jaga maruah diri. Wallahu a’lam.

Saya pun bersetuju. Ia tidak berapa sesuai mandi dengan anak kecil melainkan keadaan terlampau terdesak contoh tiada siapa yang boleh tengok-tengokkan mereka atau risiko lain. 

Sehingga anak umur berapa? saya hanya cadang pada dia, bila dia mula pandai bercakap sahaja sebaiknya belajar mandi asing sebab ditakuti mereka sampaikan apa yang mereka lihat dengan orang lain.


Wallahua'lam~

You Might Also Like

1 comments

  1. bgus info ni..tq ya..sy pun slalu fikir juge smpai umur brp anak boleh sy mandikan seklai..huhu...btw.klau nak pakai penapis air bersuhu cuckoo ,bole la pm sy sy agen cuckoo 011-16930576

    ReplyDelete

recent posts