Tips untuk Anak Hebat

Tips Mudah Ajar Anak Dengan Biznes Dan Kewangan

12:40 PM

Mamadomm bukanlah pegawai bank pun, tapi adalah darah niaga sikit. Kot mana tahu boleh berkongsi sedikit sebanyak dengan ibu ayah di luar.

“Dengan bermain tukar-tukar wang untuk barangan, anak-anak anda akan mula memahami asas-asas perdagangan,” kata Dr. Dorothy Singer, saintis penyelidik kanan di Universiti Yale di New Haven, Connecticut.

Di dalam sebuah jurnal, Children and Money: Teaching Children Money Habits for Life, yang diterbitkan oleh Universiti Minnesota,

Secara ringkasnya, ada 4 panduan untuk anak kenal dengan kewangan (mamadomm olah sikit dalam ayat lebih mudah ye



Tips Mudah Ajar Anak Dengan Biznes Dan Kewangan


1. Ajar dari usia kecil




Contoh umur 2-3 tahun boleh dah bagi kertas wang ringgit, warna hijau RM5, warna merah RM10 untuk suai kenal.

Untuk setahun macam mus'ab ni boleh bezakan duit syiling dan duit kertas je dulu, pesan tak boleh masuk mulut nanti tercekik ðŸ˜‚

Sambil bezakan tu boleh lah ajar sekali masukkan duit dalam tabung. Bukan hanya isi pada tabung di rumah. Bila ada tabung di masjid atau shopping mall pun boleh minta anak yang tolong masukkan.

2. Ajar angka dan kira-kira

Lepas dah kenal nombor bolehlah add on kira dengan wang. Rm1 + rm1 jadi rm2 ataupun untuk beli barang rm2 perlu 2 keping duit rm1.

Kalau harga rm4.50, kita bagi rm5, kena dapatkan baki 50sen.

3. Praktis

Mudah bagi dia bayar di kaunter jadi dua boleh apply sekali etika urus niaga ucap 'saya jual' 'saya beli' 'terima kasih'


Dah besar sikit boleh belikan monopoly atau saidina. Ajar beli rumah dan bangunan.
4. Lakukan setiap hari




Buat setiap hari. Macam masa shopping lah masa paling mudah. Dia nampak produk, dia tengok harga. Boleh add on diskaun. Jadi dia tahu bila nak beli. Beli masa sales kan lebih jimat kan ibu-ibu? ðŸ˜„


Jom lakukan dengan gembira bersama anak-anak. Barulah anak-anak mudah menerimanya.

It takes time macam ibu ayah kita ajar kita dulu waktu kecil, hihi bukan terus pandai ye tak? Orang hebat kata bukan senang nak senang. Sama-sama kita belajar dan upgrade.

recent posts