Cara Didik Anak Tidur On Time

5:00 PM

anak mama lebih hensem dari baby ni :) hehe


Ketika anak-anak masih dalam hari hingga 6 bulan seeloknya mereka tidur lebih 9-10 jam sehari kerana ketika tidurlah anak membesar. Selalunya ketika ini kerja mereka minum susu, tidur dan poo poo. Selagi perut kenyang, jarang mereka akan terjaga kecuali dengan bunyi kuat yang mengejutkan, sakit perut, pampers penuh.

Bila semakin menginjak dewasa, masuk je 1 Tahun, anak dah mula fikir nak main. Main, main dan main. Fateh kini setahun 6 bulan, ketika tidur pun boleh ngigau bunyi tengah "hep!" orang tanda jangan main mainannya. hehe

Kami suami isteri selalu tergelak melihat gelagatnya. Tapi kadangkala geram juga bila seharian langsung tidak lelap. Istilah kami, tak pengsan pengsan. hehe. Masa kecil, masa menyusu je dah boleh tertidur semula. Dah besar, menyusulah beberapa kali tak lut! sebab otaknya aktif nak bermain. Bangun je dari tidur tunjuk pada kereta sambil kata "nak. nak. nak"


Anak Oh Anak.


Bahgia jadi working at home mom, anak kita 100% bawah jagaan kita. Apa yang saya buat, paling kurang pun tengahari wajib tidur, Budak kalau tak tidur, boleh jadi mood swing atau hyperactive sepanjang hari. Anda boleh lihat anak anda sendiri.

Perhati tabiat anak, setiap antara mereka berbeza-beza. Tentu sekali kita tidak boleh samakan anak kita dengan anak orang lain. Ada antara mereka, nak kita bacakan buku dahulu, barulah mereka tertidur. Yang selalu ibu nenek kita buat, zikir di telinga mereka. Carilah zikir yang lembut-lembut.


Cara Didik Anak Tidur On Time





Setelah mengetahui trend cara anak tidur, kita boleh perhatikan masanya pula, Contoh malam paling lewat pun saya wajibkan fateh masuk tidur pukul10 malam. Jadi setiap malam, walau dia tengah buat apa pun, pukul9 lebih tu saya dah siap-siap baringkan dia. Sambil susukan, zikir dan tepuk. Selalunya saya akan peluk fateh lebih erat supaya beri rasa comfort untuk tidur lebih lena.

Bukan kita je yang tengok jam, kita ajar sekali anak "tu dah pukul10, masa untuk tidur". Adakalanya target saya failed juga, jadi saya terpaksa ambil jalan drastik tutup lampu atau tutup pintu bilik. Fateh dah biasa duduk rumah, pergi ke bilik mana ikut suka, jadi dia cukup tak suka bila ada pintu tertutup. Dia akan menangis suruh buka. Masa itulah peluang keemasan, rangkul dan terus peluk sehingga dia tertidur. 

Kata orang tua, "lenturlah buluh biar dari rebungnya". Sikit-sikit dari mengajar anak tidur on time, kita ajar mereka disiplin. Buat sesuatu kerja on time. Main ada masanya, tidur ada masanya. Badan mereka pun ada masa untuk re-charge semula dan lebih aktif keesokan harinya!


Jika anak anda susah nak tidur, apa pula yang anda lakukan? Mungkin ada cara yang lebih mudah dan praktikal :)

You Might Also Like

0 comments

recent posts