Anak kerap batuk selesema, apa ibu perlu lakukan?

11:27 PM

Bila anak kerap batuk selesama, ibulah orang yang paling risau. Tambah lagi jika anak kecil dan masih menyusu, ibu ayah kena stay up gilir-gilir jaga. Selalunya bila anak demam ni, mereka lebih kuat mengempeng.


Bagi DOM alhamdulillah syukur.. fateh mula demam agak lambat, masuk 6 bulan setengah baru fateh demam itupun kerana giginya mula tumbuh. Ikut pemantauan DOM, antibodi fateh agak kuat juga. Mungkin disebabkan fateh tak pernah cucuk bulanan ke? (uppps marah nurse kalau baca).

DOM bukan saja-saja taknak cucuk, tapi kebetulan client suami DOM adalah lecturer di bahagian bioproduk di UTM, dia lah yang share kandungan dalam suntikan tu. Salah satunya ialah dari bahan pencuci clorox. Patutlah ada anak selepas cucuk demam dan sebagainya.


Tips Anak Demam Batuk Selesama



Apa yang perlu ibu lakukan bila anak sakit sepakej ni? Ikut pengalaman DOM, paling perlu elak beri ubat pada fateh. Dari pembacaan, anak-anak dibawah umur 2 tahun sebenarnya tidak sesuai di beri sebarang ubatan kecuali dengan dos yang dibenarkan. 

Disebabkan fateh masih menyusu, jadi DOM lah ambil inisiatif tingkatkan jumlah dos vitamin harian. Contoh biasa DOM telan 1 biji vitamin c setiap hari, tapi jika fateh demam DOM akan ambil 2-3 biji sehari. Bila fateh selsema dan batuk, DOM cepat ambil vitamin omega guard yang bantu jaga peparu sambil mempercepatkan selesama kering.

Dari segi pengambilan makanan dan minuman, DOM tidak akan minum minuman berais dan elak makan buah-buahan yang boleh undang batuk jadi lebih teruk. Seeloknya elak ambil tembikai, rambutan, mangga (takut tekak bertambah gatal). Dan DOM akan cepat bancuh madu bersama air.



Bila hidungnya mula tersumbat tanda penuh kahak, DOM akan lakukan teknik tepukan percussion bagi mengeluarkan hingus yang tersumbat. Semasa tidur, elak pasang air-cond dan sentiasa basahkan badannya dengan air. Jika suhu terlalu panas hinggal menggigil, cucuk bontot je. InsyaAllah panas akan berkurangan sedikit demi sedikit. Efeknya DOM tak pasti apa dia, kena kaji dahulu.


Sambil ikhtiar dengan kesemua jalan diatas, sentiasa cek suhu badan anak dengan termometer. Terbaik ready termometer di rumah. Jika terlalu panas, cepat bawa ke klinik khuatir terkena sawan tarik. DOM doakan cepatlah surut suhu anak anda dan sihat kekal aktif seperti biasa. :)

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

recent posts