Surirumah Pekerjaan Paling Mulia

3:26 PM

Siapa yang tak takut bila buat keputusan drastik ingin tinggalkan pekerjaan bertahun-tahunyang dah pun sebati dengan diri hanya demi anak terutama di musim ekonomi tak berapa stabil.

Bukan senang.. pasti kena bersedia mental fizikal. Dah biasa pegang duit sendiri, dah biasa tengahari jumaat gi makan luar (hehe), dah biasa jumpa orang, dah biasa pagi-pagi lagi tempuh jammed sambil dengar radio ikim.


Bila mana seorang ibu membuat keputusan berhenti kerja, ia juga bermakna dia akan 'cut off' dunia luar. Yang ada hanyalah dunianya bersama anak suami. Kalau tak biasa boleh jadi stress pada awal sebab kita ni manusia, perlu berhubung.

Tapi dah katanya sayang, apa sahaja sanggup ditempuh. Ini juga jihad.


---

Surirumah Pekerjaan Paling Mulia

Masuk hari ni hari ketiga usaha DOM menghabiskan entri surirumah. Masa ada idea tu lah layankan anak, masa senggang DOM pula tiada idea. Sambil tu banyak juga blog lain yang DOM belek untuk ketahui 'cerita' disebalik menjadi surirumah.

Antara yang memikat hati cerita dari Khadijah Gani dan Sane . Rupanya tak jauh beza situasi ibu-ibu tangani anak di rumah.

Kalau sambil menulis blog ni, anak panjat badan, sepahkan bilik, tuang mainan penuh sebakul itu dah biasa. Boleh jadi lali. hehe

Tapi bagaimana kita handle situasi ni yang mungkin berbeza-beza.

Yelah kita juga manusia adakala penat. (DOM kalau terlalu penat.. jangan menulis entri di ruang tamu nanti satu rumah kena kemas. Menulis di dalam bilik dan tutup pintu. Bawa siap air tapis sebotol serta makanan macam biskut ke chocolate kang lapar takdelah keluar)

---

Satu lagi tips, anak wajib tidur siang. Boleh jadi 2 situasi jika mereka langsung tak tidur; mereka akan lena awal lepas maghrib hingga ke pagi ATAU langsung susah nak tidur merengek sepanjang malam.

Bagi DOM, antara sebelum zuhur atau sebelum asar mesti cari masa tidur sebentar. Biasanya kalau anak kecil, selagi kita tak baring tidurkan sebelah mereka yaAllah memang mereka pun segar bugar. Tapi jangan lupa, perut mereka kena diisi dulu. hehe. Kalau tak setengah jam je la bertahan, selepas tu berjaga semula.

Jika tak berjaya tidurkan sebelum zuhr, cuba sebelum asar pula.

---

DOM tak kata seorang ibu yang bekerjaya tidak hebat, mereka pula ada cabaran mereka.

Tapi bagi DOM yang pernah juga bekerja dahulu, surirumah bekerja lebih tough. Walau nampak masa flexible tapi itulah cabaran. Kita bukan kerja 8 jam sehari, boleh jadi 24 jam.

Agak-agak bermain dan bekerja dalam satu masa, senang ke susah? Itulah perumpamannya.

Jom lakukan dengan iman dan sayang :)




You Might Also Like

0 comments

recent posts