Tips untuk Anak Hebat

Tips Mudah Ajar Anak Dengan Biznes Dan Kewangan

12:40 PM

Mamadomm bukanlah pegawai bank pun, tapi adalah darah niaga sikit. Kot mana tahu boleh berkongsi sedikit sebanyak dengan ibu ayah di luar.

“Dengan bermain tukar-tukar wang untuk barangan, anak-anak anda akan mula memahami asas-asas perdagangan,” kata Dr. Dorothy Singer, saintis penyelidik kanan di Universiti Yale di New Haven, Connecticut.

Di dalam sebuah jurnal, Children and Money: Teaching Children Money Habits for Life, yang diterbitkan oleh Universiti Minnesota,

Secara ringkasnya, ada 4 panduan untuk anak kenal dengan kewangan (mamadomm olah sikit dalam ayat lebih mudah ye



Tips Mudah Ajar Anak Dengan Biznes Dan Kewangan


1. Ajar dari usia kecil




Contoh umur 2-3 tahun boleh dah bagi kertas wang ringgit, warna hijau RM5, warna merah RM10 untuk suai kenal.

Untuk setahun macam mus'ab ni boleh bezakan duit syiling dan duit kertas je dulu, pesan tak boleh masuk mulut nanti tercekik ðŸ˜‚

Sambil bezakan tu boleh lah ajar sekali masukkan duit dalam tabung. Bukan hanya isi pada tabung di rumah. Bila ada tabung di masjid atau shopping mall pun boleh minta anak yang tolong masukkan.

2. Ajar angka dan kira-kira

Lepas dah kenal nombor bolehlah add on kira dengan wang. Rm1 + rm1 jadi rm2 ataupun untuk beli barang rm2 perlu 2 keping duit rm1.

Kalau harga rm4.50, kita bagi rm5, kena dapatkan baki 50sen.

3. Praktis

Mudah bagi dia bayar di kaunter jadi dua boleh apply sekali etika urus niaga ucap 'saya jual' 'saya beli' 'terima kasih'


Dah besar sikit boleh belikan monopoly atau saidina. Ajar beli rumah dan bangunan.
4. Lakukan setiap hari




Buat setiap hari. Macam masa shopping lah masa paling mudah. Dia nampak produk, dia tengok harga. Boleh add on diskaun. Jadi dia tahu bila nak beli. Beli masa sales kan lebih jimat kan ibu-ibu? ðŸ˜„


Jom lakukan dengan gembira bersama anak-anak. Barulah anak-anak mudah menerimanya.

It takes time macam ibu ayah kita ajar kita dulu waktu kecil, hihi bukan terus pandai ye tak? Orang hebat kata bukan senang nak senang. Sama-sama kita belajar dan upgrade.

Share Resepi Best

Resepi Sup Daging Tetel Paling Mudah dan Menyelerakan | Mamadomm

8:24 AM

Orang dalam rumah semua tak layan kalau ayam berisi, lembu berisi, ikan berisi.

DOM dan suami memang suka kalau ikan, ikan keli atau ikan patin. Kalau ayam, minta orang tu timbang yang kurus. Daging pula pilih gearbox atau daging tetel!



Super-delicious.

Boleh bertambah-tambah pinggan. Haha

Lauk untuk daging tetel pilihan kami biasa masak kari tetel atau sup daging tetel. Wajib letak kentang dan carrot untuk anak-anak. Kalau daging tetel semata takut dorang tak hadam.

Ha lagi satu,

Antara daging lembu dan daging kambing better daging kambinglah, less cholesterol. Perasan tak bila lepas makan sup daging, bibir korang rasa macam pakai lipstick? Melekit.

Jadi lepas makan daging tak boleh ambil ais tau. Lagilah daging tu cepat membeku. Biasa DOM akan ambil minyak ikan untuk singkir kolestrol jahat.

Tips masak daging lembu, DOM akan rebus sekali dan toskan. Kemudian baru masak baru.

Tapi kalau daging kambing, DOM akan terus masak je ;)

Cara Buat Sup Tetel Paling Mudah


  1. Hiris bawang merah, bawang putih dan cili (ikut tahap pedas masing-masing)
  2. Tumis sampai naik bau
  3. Masukkan daging yang sudah dipotong
  4. Masukkan air
  5. Tutup Preassure Cooker (gunakan api besar)
  6. Selepas 35 minit tutup api dan biarkan haba keluar
  7. Buka penutup, tambah garam secukup rasa dan bolehlah dihidang!  


Mudahkan?

Boleh apply resepi ni untuk masak sup gearbox sebab tetel dan gearbox rasanya sudah cukup ummph tak perlu ditambah sup bunjut atau rempah lain untuk tambah keenakannya.

Home Deco

Pattern Jahit Langsir Simple dan Moden

12:03 AM

Tahun ini special sebab nak raya di rumah baru. Masuk tahun lepas sebenarnya tapi masa tu bersalinkan Mus'ab jadi interior dalam rumah guna apa yang ada je.

Alhamdulillah mujur langsir sama tinggi, boleh tukar-tukar dengan langsir lain cuma nak cari sedondon tu jenuh juga lah.

Biasa kami adik beradik memang jahit langsir sendiri. Rumah ibu pun kami jahitkan. Kami minat langsir jahit lurus je. First time tahun ni ada masa nak open tempahan upah jahit langsir lah.

Ada yang berminat? Order sini >> Upah Jahit Langsir dari Mamadomm

Simple, moden dan tak lapuk dek zaman.

Nak juga merasa pattern langsir eyelit tapi tak dan lagi beli rail kayu. Kita dahulukan yang utama dulu ye tak. ;)






Korang minat pattern langsir macamana?

Cuba share di komen :)

Personal

Lagu ABC Beserta Gaya Comel

8:55 AM

Kelmarin di timeline facebook DOM laju je mak-mak semua upload gambar anak ke sekolah. Yang jadi viral bila ultraman, batman pun datang sambut pelajar baru.

Hari pertama di Tadika An-Nawwar
Jadi guru bukan senang, tambah dengan workload yang menimbun pekerjaan guru bukanlah untuk orang yang goyang kaki. Sehinggakan pakai maskot clown pun mereka sanggup demi meraikan anak-anak kita.

Personal

Omega Guard Buat Anak Lambat Cakap Bertukar Menjadi Anak Yang Celoteh

1:00 AM



Boleh kira dengan jari dalam masa sehari berapa minit je tengok Alfateh senyap. Ya, hanya bila dia tidur! Sepanjang hari aktivitinya bercakap.

Bercakap non-stop sampai kawan lebih kurang sebaya dia boleh terlena. Korang ado? Anak lambat cakap mencabar, anak celoteh juga mencabar.


Nak menjawab soalannya kena berhati-hati, jika tidak dia boleh counter back kita.

Personal

Teknik Mengajar Baby Mengaji

8:05 AM

Sayang pula terlepas waktu-waktu crucial bersama Fateh ketika dia masih baby, sebab tu abadikan nota yang dapat dari seorang kawan Fb di sini. Tiada istilah lambat dalam belajar, kan?

KAEDAH 1: Memperkenalkan huruf hijaiyyah berbaris

recent posts