Teknik Mengajar Baby Mengaji

8:05 AM

Sayang pula terlepas waktu-waktu crucial bersama Fateh ketika dia masih baby, sebab tu abadikan nota yang dapat dari seorang kawan Fb di sini. Tiada istilah lambat dalam belajar, kan?

KAEDAH 1: Memperkenalkan huruf hijaiyyah berbaris

  • Mulakan dengan huruf hijaiyyah berbaris atas seperti a, ma, da, ta dan lain-lain.
  • Menggunakan flash card bersaiz besar dan ditulis dengan kombinasi warna hitam, merah dan putih kerana mengikut kajian penglihatan bayi berusia 4 bulan ke bawah masih kabur dan lebih kontra pada 3 warna ini.
  • Kemudian boleh teruskan dengan baris bawah dan depan mengikut kaedah flash card juga.
  • Dan boleh disambung dengan membeli buku mengaji di pasaran seperti Iqra', Al-furqan, dan sebagainya.

KAEDAH 2: Menggunakan kaedah baru iaitu mengaji menggunakan kalimah


  • Kaedah ini ditiruvasi dari kaedah Glen Doman.
  • Mengajar terus kalimah pada bayi dalam bentuk flash card.
  • Boleh dimulakan dengan memperkenalkan Quranic High Frequency Word seperti Allah, Fi, Ilaa, Man dan lain-lain.
  • Flash Card boleh dibuat sendiri atau dibeli dari Islamic Parenting Network (IPN). Dalam set tu dah siap kalimah mengikut surah. Hanya tinggal print out dan flash pada anak. Difahamkan juga ada disertakan video tutorial bagi membantu sesi pengajaran. Boleh beli online >> disini.

Kedua-dua kaedah ini bukan mamadomm reka cipta sendiri, mamadomm pun masih baru nak mula ajar pada Fateh walau usia dia sekarang dah masuk 2 tahun 5 bulan. :)

Untuk ibu-ibu yang berminat boleh rujuk link ini >> Teknik Mengajar Baby Mengaji kalau nak lihat post original yang dikongsikan oleh Puan Siti Hanizah.


"Yang bagi pandai Allah, kita hanya berusaha"
-mamadomm

You Might Also Like

0 comments

recent posts